Thursday, June 25, 2009

Menilik Nasib Bersama Abang Tan




Waktu aku dengan Mr killer tengah sedap-sedap lepak,Abang Tan datang.Duduk bersila macam juga aku yang bersila.Tapi sila dia lain,kaki kiri dengan kaki kanan bertidan,lagaknya seorang guru silat.

Umur Abang Tan dalam lingkungan 40an dan berketurunan Pattani.Rupa pun dah macam tua sangat,yang aku tau dia kuat berkerja.Yang hebatnya dia boleh cerita satu per satu sejarah Tanah Melayu,ke Asia Tenggara sampai la ke Sejarah Islam.Abang Tan cerita tak tengok buku,semua dia boleh ingat siap dengan tarikh lagi.Aku respect.

Kali ni lain,Abang Tan tak cerita,dia rasa aku dah jemu.Jadi dia minta aku hulur tangan.Dia tilik tapak tangan aku.Dua-dua belah.Aku tak tau setakat mana orang tua ni ilmiah dengan semua hal.Tilik-tilik,sekali masih tak dapat gambaran agaknya la,dia tilik lagi,kali ni sungguh-sungguh.Berkira-kira pula dengan jari kiri dia entah apa pun aku tak pasti.

Sambil geleng-geleng kepala Abang Tan cakap dalam dialek sikit Kelantan dan sikit Kedah. “hang ni,guna ka tak,kalau tak satu dah tentu dua”.Aku tak faham tafsiran tu.Abang Tan dah bangun gelak kecil dan hilang dalam gelap sebelum aku sempat nak soal apa-apa.Aku baring telentang,aku tafsir sendiri, dua belah otak?atau aku akan kaya raya dalam 2tahun lagi?Mr killer dah sedap lena disebelah aku.

-----------------

Esok,aku jumpa Abang Tan.Tersengeh-sengeh,mungkin dia tahu yang aku akan cari dia.Aku tanya balik result semalam dan tafsiran yang aku dapat aku akan beristeri...dua?ye?hah?oh-oh,aku terkejut yang dibuat-buat.Kali ni aku betul-betul yakin dengan Abang Tan walaupun sebelum ni kadang-kadang kami selalu bercanggah.

Aku beredar cepat,sambil dengan aku sedar mulut aku terpancul lagu pencinta


wanita.hehe... 2,3 hari lagi aku nak menuntu ilmu tu dari dia.

Wednesday, June 24, 2009

Agaknya

Tulis blog macam nak ambil balik paper karangan. Nak kena fikir nak tulis apa,buat rangka,baru boleh menulis.Tapi sekarang aku mana ada idea.aku takde cerita.Aku bukan penulis.Kalau dulu dibagi tajuk boleh juga aku tulis.Tapi sekarang tajuk mana ada paper nak bagi.Lepas tulis ada ke cikgu nak periksa?siapa cikgu dalam hal ni?Lepas ni aku tulis blog,aku dapat berapa markah agaknya la?

Tuesday, June 23, 2009

Jalan

Jalan dah ditanda.Kalau menyimpang pulak, kau akan binasa.Kalau cube-cube ganggu sign jalan tu,kamu buat kerja setan.

-RUMI